MAKANAN SEIMBANG
Makanan seimbang merupakan
makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang
berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita
tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara
optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian,
vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan,
dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan
sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan
seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu
dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan
sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
Makanan
ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga,
menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.
A. Makanan yang memberi tenaga
Di
Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu
makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin
seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu,
kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah
makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.
B. Makanan membina badan
Protein
adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu
dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah,
sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh
membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan
protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan
menjadi lesu.
C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan
jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan
yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh
daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran
dan buah-buahan.
http://www.youtube.com/watch?v=eMA2Q3W6WmY
No comments:
Post a Comment